nampak tajuk atas tu . haa lek lu jgn main serang aku je .korg yg negative thinking sgt . ok entry aku kali ni bukan psl masakan, bukn pasal bussiness tapi pasal AGAMA dan AKHLAK :)
zaman sekarg ni aku brni cakap yg manusia esp melayu sgtlah narrow-minded . sebagai cth entry kali ni . BERPURDAH TAPI PERANGAI MACAM HAREEMM . korang kena ingat bertudung itu kewajipan , berperangai buruk itu akhlak yg kita sndri buat . jgn salahkn dia yg bertudung kalau perangai dia buruk . dan jgn salahkan agama dia(ISLAM) kalau dia berperangai buruk . tak boleh ke just salahkan sikap dia je ?? bukannya tudung dia yg buat hal (lain la klu tudung dia bernyawa :P) . bukannya Islam yg buat hal . diri dia sndri yg buat hal .
maka di sini muncullah dua isu yg aku ingin jelaskan :
BERTUDUNG :
apabila wanita itu menutup aurat dan btudung/berpurdah, dgn ini sempurnalah satu tggungjwb dia sbgai mukminin . dia telah melaksanakan amanah Allah tanpa ragu2 dan yakin kepada-Nya . tidak bermakna dia bertudung dia terlepas dan terlindung dari kesalahan dan dugaan Allah . MANUSIA . manusia mana je yang tidak melakukan kesilapan . Rasulullah juga pernah buat silap tetapi baginda seorang yang maksum (dipelihara Allah dan bebas dari dosa) .
Dek kerana kita yg sering memandang wanita bertudung , oh dia ni baik.
Dek kerana kita yg sering memandang wanita berpurdah , oh kompem masuk syurga.
Dek kerana kita yg sering membaca post2 berdakwah dari seorang wanita, oh dia ni muslimah sejati.
Dek kerana kita sering nmpk wanita seksi, dia ni jahat.
Dek kerana kita sering nampak wanita tu keluar masuk pub, dia ni kompem masuk neraka.
Dek kerana kita sering lihat dia xsolat, oh Allah benci kat dia.
INILAH SILAP YG BIASA MANUSIA LAKUKAN ! berfikiran sempit tanpa mengetahui kebenarannya. apabila wanita itu melakukan kesilapan yg tanpa disangka-sangka, maka senang je korang nk hukum dia . jgn kerana sifat fizikal mereka tidak selari dengan akhlak, kita menghukum mereka . siapa kita nak menghukum orang ?
PAKAIAN TIDAK MENGLAMBANGKAN PERIBADI, WAJAH TAK MENGGAMBARKAN AKHLAK .
do take a deep breath and fikir secara positif dan renungkan apa maksud ayat ni .
AKHLAK :
Apabila hati ditumbuhi titik-titik hitam dan kurang dibersihkan dgn zikir dan solat, maka akhlak kita secara tak lgsung akan tercemar . disinilah bermulanya apabila mazmunah mengatasi mahmudah kita . Riak , taksub , tamak , dan kurangnya pemahaman agama menjadi punca kepada pemburukan akhlak . tetapi, apabila kita selalu dekat kepada-Nya dan sentiasa mengamalkan nahi mungkar maka Allah akan pelihara kita dari segala perbuatan yg tidak elok tu.
masih kurang jelas apa yg aku nk sampaikan ?
senang citela . pernah dgr kes pelajar tadika dipkul oleh seorang guru wanita bertudung labuh ?? haa meh tgok video dan keterangan nye di SINI .
dah tengok ? apa yg korang fikirkan ? mesti korang akn ckp punya " tudung labuh tapi perangai buruk gilerr " ngaku jela ~~
TETAPI
kepada para wanita yang bertudung dan berpurdah , ingin saya nasihatkan untuk anda dan aku jugak yg masih terkontang-kanting, jangan disebabkan anda yg berimej tudung, Islam, tetapi berperangai yg tidak sepatutnya (apa2 yg org nmpk buruk&dosa), mohon ubah sikap itu . Allah meletakkan darjat yg paling tggi utk kita, wanita bertudung (mksd aku kat sini menutup aurat dengan sempurna) . jadi KENAPA kita ni sendri nak jatuhkan darjat tu ?
aku tau berhijrah ke lebih baik sgt susah dan byk dugaan . apabila kita bertudung/berpurdah , secara tak langsung ia membantu kita menahan segala nafsu utk kita berbuat jahat . percayala . NAFSU, susah utk kita kawal . tetapi ingatlah apabila kita nak melakukan kejahatan , letak tangan di dada dan sebutlah :
" Inni Akhafullah "
(Sesungguhnya aku takut Allah)
jika kita ikhlas untuk berubah, maka kita akan ikhlas untuk menutup aurat. jika ikhlas untuk menutup aurat, maka kita ikhlas untuk menghindari sifat mazmunah. jika kita ikhlas nak hindar dari mazmunah, maka Allah akan sentiasa tolong kita . bersihkan hati dan terus memohon kepada Allah :)
sebagai kata terakhir . ingatlah jangan judge orang sesuka hati dek kerana pemakaian dan akhlak dia yang xselari . kita xtahu apa yang sedang dia alami dan apa yg Allah nak tentukan dalam hidup dia .apa yg kita perlu buat sentiasa MUHASABAH DIRI dan memohon petunjuk dari Allah . assalamualaikum :)
sekadar pesanan
Dear muslimah ,
Tudung labuh doesn't measure your entire iman in your heart. Tudung labuh doesn't make you an entirely solehah person. Tudung labuh doesn't make you an entirely a noble person.
But dear, Allah said in Surah An Nur to cover , and
wearing tudung labuh is one of your struggle-ness towards Allah. Do your effort increases the Greatness of Allah? No, Allah is always Great. Then what did you do this for.. Indeed Allah is happier, is pleased with you. Subhana Allah!
And be a true solehah muslimah. The inner you shines the outer. Create a wonderful beauty innerside of you with guidance of Al Quran and Hadith.
( NADIA SYAMILA )
No comments:
Post a Comment