Wednesday 14 August 2013

love quotes ~~




assalamualaikum .

haa jgn terkezzuuttt kalau aku reka love quotes sndri .. meh tgok kat bwh .. yg pasti 100 % ORIGINAL from me ok ! :'D



"i will wait for you even for thousands years" this is crap . "i'll keep praying to Allah so that our jodoh will till jannah" THIS IS SO TRUE .




"lend me your shoulder when i'm crying . " NO . i don't want that . "lend me your heart when i'm crying ." YES . this is what i want :')



you said you love me . words can't prove that . prove that by your actions . i still can't see that .





you throw me out of your life . thank you . but for me, i will not do that .



you keep breaking your promises but yet i still hoping that one day you will not break your promise again . i'll pray for it .



i dissapointed on you but i cure my heart by remembering the good things on you :')




you should know that how matter it is i will never give up on you . 



keep ignoring but one thing you should know . iloveyou :')



boys . respect your girl as you respect yourself . love her as you love yourself . protect her as you protect yourself . but if you treat your girl more than yourself , you are just awesome and gentleman :')



understanding, caring, protecting and keep praying to Allah is just a perfect blend in a relationship .







love his/her imperfections today, and you will love his/her strengthness forever .



keep saying that you didn't know how to persuade your partner . whether you never put an effort on it or you just ignoring your partner's feelings after you got her .



making a lot of excuses in a relationship is just loosing it's bonding . trust me .



always try to do something that you never do in your life just to make sure your partner happy . trust me if you just giving the excuses to your partner just because you never put an effort on it, you will lose his/her trust :)



haaa sekian luahan hati gue :') just xtau tetibe in mood jiwang cmni .. kihkihkih .. assalamualaikum .


" hargai pasangan anda selagi dia masih ada dan sentiasalah doa agar jodoh sehingga syurga "


ooooppps lupa nak cakap . walau siapa pon kita sayang, ingat simpan sedikit keraguan pada dia supaya suatu hari nanti kita tak terlalu kecewa . dan jangan lupa CINTA SEJATI kepada ALLAH YG MAHA SATU wajiblah yang pertama :) remember to the who CREATE us :')


                                                                                     













Friday 2 August 2013

PAKAI TUDUNG, LABUH, BERPURDAH LAGI , TAPI .....

haaa assalamualaikum korang :D 

nampak tajuk atas tu . haa lek lu jgn main serang aku je .korg yg negative thinking sgt . ok entry aku kali ni bukan psl masakan, bukn pasal bussiness tapi pasal AGAMA dan AKHLAK :)


zaman sekarg ni aku brni cakap yg manusia esp melayu sgtlah narrow-minded . sebagai cth entry kali ni . BERPURDAH TAPI PERANGAI MACAM HAREEMM . korang kena ingat bertudung itu kewajipan , berperangai buruk itu akhlak yg kita sndri buat . jgn salahkn dia yg bertudung kalau perangai dia buruk . dan jgn salahkan agama dia(ISLAM) kalau dia berperangai buruk . tak boleh ke just salahkan sikap dia je ?? bukannya tudung dia yg buat hal (lain la klu tudung dia bernyawa :P) . bukannya Islam yg buat hal . diri dia sndri yg buat hal .

maka di sini muncullah dua isu yg aku ingin jelaskan :








BERTUDUNG :

apabila wanita itu menutup aurat dan btudung/berpurdah, dgn ini sempurnalah satu tggungjwb dia sbgai mukminin . dia telah melaksanakan amanah Allah tanpa ragu2 dan yakin kepada-Nya . tidak bermakna dia bertudung dia terlepas dan terlindung dari kesalahan dan dugaan Allah . MANUSIA . manusia mana je yang tidak melakukan kesilapan . Rasulullah juga pernah buat silap tetapi baginda seorang yang maksum (dipelihara Allah dan bebas dari dosa) . 


Dek kerana kita yg sering memandang wanita bertudung , oh dia ni baik.
Dek kerana kita yg sering memandang wanita berpurdah , oh kompem masuk syurga.
Dek kerana kita yg sering membaca post2 berdakwah dari seorang wanita, oh dia ni muslimah sejati.


Dek kerana kita sering nmpk wanita seksi, dia ni jahat.
Dek kerana kita sering nampak wanita tu keluar masuk pub, dia ni kompem masuk neraka.
Dek kerana kita sering lihat dia xsolat, oh Allah benci kat dia.



INILAH SILAP YG BIASA MANUSIA LAKUKAN ! berfikiran sempit tanpa mengetahui kebenarannya. apabila wanita itu melakukan kesilapan yg tanpa disangka-sangka, maka senang je korang nk hukum dia . jgn kerana sifat fizikal mereka tidak selari dengan akhlak, kita menghukum mereka . siapa kita nak menghukum orang ?



PAKAIAN TIDAK MENGLAMBANGKAN PERIBADI, WAJAH TAK MENGGAMBARKAN AKHLAK .


do take a deep breath and fikir secara positif dan renungkan apa maksud ayat ni .



AKHLAK :

Apabila hati ditumbuhi titik-titik hitam dan kurang dibersihkan dgn zikir dan solat, maka akhlak kita secara tak lgsung akan tercemar . disinilah bermulanya apabila mazmunah mengatasi mahmudah kita . Riak , taksub , tamak , dan kurangnya pemahaman agama menjadi punca kepada pemburukan akhlak . tetapi, apabila kita selalu dekat kepada-Nya dan sentiasa mengamalkan nahi mungkar maka Allah akan pelihara kita dari segala perbuatan yg tidak elok tu.





masih kurang jelas apa yg aku nk sampaikan ?


senang citela . pernah dgr kes pelajar tadika dipkul oleh seorang guru wanita bertudung labuh ?? haa meh tgok video dan keterangan nye di SINI .

dah tengok ? apa yg korang fikirkan ? mesti korang akn ckp punya " tudung labuh tapi perangai buruk gilerr "      ngaku jela ~~


derr ~ tudung apa dia pakai bukan ISU ! yg jadi isu PERANGAI BURUK dia . jangan salahkan pemakaian dia kalau perangai buruk . sampai bila kita nk terus hidup dengan alsan cliche cmtu . jgn disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga . makin lama, imej orang bertudung labuh makin buruk. makin tiada beza dgn org xpakai tudung . dan makin ramai org yg pndg rendah pd islam . tudung is tudung . akhlak is akhlak . jgn cmpur adukkan benda yg xlogik . nak condemn pon condemn pada akhlak , bukan pada tudung . kita tak boleh salahkan dia sepenuhnya . mungkin itu kesilapan dia nak berperangai buruk dan mungkin Allah nak uji dia . mungkin jugak hati dia kurang pemahaman agama. who knows ? Allah yg rancang .


TETAPI


kepada para wanita yang bertudung dan berpurdah , ingin saya nasihatkan untuk anda dan aku jugak yg masih terkontang-kanting, jangan disebabkan anda yg berimej tudung, Islam, tetapi berperangai yg tidak sepatutnya (apa2 yg org nmpk buruk&dosa), mohon ubah sikap itu . Allah meletakkan darjat yg paling tggi utk kita, wanita bertudung (mksd aku kat sini menutup aurat dengan sempurna) . jadi KENAPA kita ni sendri nak jatuhkan darjat tu ? 





aku tau berhijrah ke lebih baik sgt susah dan byk dugaan . apabila kita bertudung/berpurdah , secara tak langsung ia membantu kita menahan segala nafsu utk kita berbuat jahat . percayala . NAFSU, susah utk kita kawal . tetapi ingatlah apabila kita nak melakukan kejahatan , letak tangan di dada dan sebutlah :


" Inni Akhafullah "

(Sesungguhnya aku takut Allah)




jika kita ikhlas untuk berubah, maka kita akan ikhlas untuk menutup aurat. jika ikhlas untuk menutup aurat, maka kita ikhlas untuk menghindari sifat mazmunah. jika kita ikhlas nak hindar dari mazmunah, maka Allah akan sentiasa tolong kita . bersihkan hati dan terus memohon kepada Allah :)



sebagai kata terakhir . ingatlah jangan judge orang sesuka hati dek kerana pemakaian dan akhlak dia yang xselari . kita xtahu apa yang sedang dia alami dan apa yg Allah nak tentukan dalam hidup dia .apa yg kita perlu buat sentiasa MUHASABAH DIRI dan memohon petunjuk dari Allah . assalamualaikum :)



sekadar pesanan




Dear muslimah ,
Tudung labuh doesn't measure your entire iman in your heart. Tudung labuh doesn't make you an entirely solehah person. Tudung labuh doesn't make you an entirely a noble person. 

But dear, Allah said in Surah An Nur to cover , and 
wearing tudung labuh is one of your struggle-ness towards Allah. Do your effort increases the Greatness of Allah? No, Allah is always Great. Then what did you do this for.. Indeed Allah is happier, is pleased with you. Subhana Allah!

And be a true solehah muslimah. The inner you shines the outer. Create a wonderful beauty innerside of you with guidance of Al Quran and Hadith.


( NADIA SYAMILA )











Thursday 1 August 2013

RESIPI RAYA : CORNFLAKES GOLDEN HONEY

assalamualaikum anak2 ku ~ ~ hari ni aku penat sikit sebabnya baru balik dari shopping raya . tapi aku rajin nak mengetaip ni . so aku nak sambung bagi resipi raya kali ni . haa ada nampak tajuk resipi yang super awesome tuh ? XD hahah act saje je nak kasi nama baru kat cornflakes madu ni . baru ada wow kan :D dah moh ler kita terjah apa yg perlu ada utk resipi kali ni .


BAHAN-BAHAN :

400 gm cornflakes
200 gm buttercup
70 gm gula aising
8-15 sudu besar madu / golden syrup - aku guna madu utk lg sdap
choc chip dan ceri - untuk hiasan




1) Pukul buttercup dan gula sehingga kembang & gebu mcm kat atas ni.


2) Masukkan cornflakes, madu, ceri dan choc chip dan ramas sampai sebati. Tambah madu mengikut kesukaan korang. Masukkan ke dalam cup dan bakar selama 15 minit pada suhu 180'C .


dan


TADAAA !! sebab tu la digelar golden ..xnmpk tu berkilau sampai membutakan mata dan hatimu XD

tapi aku ade buat dua jenis tau . lagi satu aku campur dengan coco crunch .


ni . aku tabur manik sikit kasi nmpk cun . klu nak buat guna coco crunch kena kurgkn gula sebab coco crunch dah manis :)



ok lah hari ni nak berkepoh sikit je .. selamat mencuba okay ! :D assalamualaikum .. (jgn duk senyap2 makan pulak time pose)



note : jgn guna sudu besi untuk gaul selepas letak madu takut hilang khasiat madu.







Wednesday 31 July 2013

RESIPI RAYA : IRISH COOKIES

assalamualaikum . mcm dah 2 hari je x update blog ni . sebabnya busy la buat kuih raya . hehehe ni dah siap semua kuih raya tggal nak kasi tetamu makan je . resipi kali ni aku nak dedicated kan khas untuk kawan kecik comel macam aku ni XD nama dia farah fasihah :) sumpah best usik dia . hahah sorry farah :P ok here we go :

BAHAN-BAHAN :

180 gm buttercup
130 gm gula
20 gm vegetable shortening
1 biji kuning telur
1 sudu kecil nescafe dan esen coffee
1/2 sudu kecil baking soda
200 gm tepung gandum - diayak
100 gm tepung ubi - diayak
50 gm nestum - kisar halus


1) mula2 macam biasa lempar je semua bahan dalam besen then gelek inul sampai jadi doh . gambar ni aku buat 2 adunan sekali tau .jenuh nak uli -__-

2) lepas tu terap masuk dlm loyang . kasi jarak sikit ye sbb dia akan kembang mmndgkn ada baking soda .

3) sapu lebihan putih telur tadi then hias dan pipe coklat cair . bakar selama 20 minit pada suhu 200'C .

*coklat cair : cairkan coklat masakan/choc chip dengan shortening guna kaedah double-boiling. masuk dlm plastik then gunting hujung dia . pipe kan atas biskut tadi . 




tadaaa !!! comel tak ? heheh ni bukan aku punya . buruk sgt malu nak tunjuk >.<





haa ni aku punya . malu pulak rasenye >.< hee xpela yg penting sedap :)


lihatlah dunia betapa mudahnya kuih raya nak dibuat XD *berlagak naa* hee xdela . rupa xpenting yg penting rasa nya . SELAMAT MENCUBA ! assalamualaikum :)


Sunday 28 July 2013

Mee Bandung Muo Bujang

assalamualaikum anak2 cik temah hari ni .. sehat ke idok ? ala jgnla buat2 sakit perut la sakit jantung la time2 pose ni . kang cik temah hayun flying kick baru tau ! kali ni aku nak share resipi menu utama berbuka aku dan family semalam ... haa ini resipi first time wa buat gara2 jantung hati kambing intan paku tukul cik temah yang cabar buat mee bandung.. katanya dia mengidam nak makan mee bandung .. tapi kejada dia suruh aku buat ?? -____- haih layan kan jela kan mgkin dia bole mkn skli kot bau mee bandung yg cik temah buat ni .. moh le tgok kat bwh ni ~


BAHAN-BAHAN :

1 kg mee kuning - dicelur
1 paket perencah mee bandung - aku pakai yg 400 gm punya
5 sudu besar udang kering - dikisar halus ( ni ikut suka korang nk letak byk mana. lg byk lg sedap&pekat )
2 senduk cili kering - dikisar halus
1 senduk bawang besar - dikisar halus
2 sudu besar tepung jagung
sawi - ikut suka la nk letak byk mana . nak letak sayur lain pon boleh asalkan jgn tomato
500 gm kerang - pon ikut suka . nak letak ayam/daging/udang pon boleh
1 liter air
segenggam kacang goreng - dikisar halus
gula & garam sekucupnya
telur - ikot kome la nk letak sepapan pon boleh ~



1) Tumis cili dan bawang besar sampai naik minyak. Then masukkan udang kering serta kacang sampai agk2 nak kering.

2) Tambah perencah mee bandung dan air. Biarkan hingga mendidih kemudian pecahkan telur dan biarkan dia shgga masak (jgn diusik telur tu, biarkan dia jadi sektul gitu) . 

3) Masukkan sawi, kerang dan tepung jagung. Biarkan kuah pekat dengan sendiri sambil dikacau. Lepas dah pekat masukkan garam dan gula. Tutup api dan bolehlah kome makan !!! nak tengok ??! 




nyum3 !!! ^___^ nmpk tak telur sejibik besau kat situ .. jgn lupa perah limau baru ada kaw dia !



well memandangkan aku malas nak buat yang ori punya dan aku jugak xsuka rasa mee bandung instant, so aku dan mak aku decide buat resipi sendiri .. jadilah camtu ! tetap kaw dan menyengat :) percayalah ~~

SELAMAT MENCUBA RESIPI BUJANG !!!

resipi raya : jejari oats

assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu ~~~~

haa nmpk jemah tulis pnjg tu .. hehehe tu tndenye mood tgh rajin . hari ni aku nk share kuih raya yg dah buat utk tahun ni .. hey aku buat sendiri ok ! hahaha . saja nak angkat troli sat XD  okay xnak cite pnjg meh aku bgtau apa bnda nk kena buat :)

BAHAN-BAHAN :                                                           UNTUK HIASAN :

250 gm buttercup                                                              3 sudu besar gula aising
100 gm gula aising                                                             3 sudu besar susu tepung
3 cawan oats - dikisar halus
3 cawan tepung jagung - diayak


CARA-CARA :


1) Campakkan je semua bahan diatas dalam bekas . 



2) lepastu korang uli lah sampai tumbuh otot2 mcm aku XD pastikan jgn terlalu berminyak or kering. sendiri adjust kasi dpt adunan yg cantik mcm ats ni. tmbh tepung kalau berminyak atau tambah buttercup kalau kering.


3) lepastu uli dan gelek inul adunan jd bentuk jejari lbh kurang besar dan panjang jari manis. Bakar selama 30 minit pada suhu 180'C .


4) setelah dibakar, campurkan kedua2 bahan hiasan dan salutkan pada jejari oats . TADAA !! siap !


Haa ! aku tau apa korang fikirkan . aku tau wlupon rupanya macam mayat bangla kena tabur kapur barus tapi rase dia semanis dan selemak acekem ^____^  cuba dulu baru tau ok ~ don't judge a book by it's cover :P btw klu korang nk buat bentuk bebola or ape2 bntuk korang nak bole je . yg ni utk resipi org bujang . hehehe ...


well kat sini korang boleh gunakan beberapa tips utk buat kuih atau kek kasi mudah dan dpt rasa dan rupa yg lebih cantik . tips turun temurun ok ~

1) guna gula yang dah dikisar halus (gula aising) supaya adunan lagi licin dan senang diuli. jgn risau kuantiti gula xpyg diubah. sama je just tekstur je lebih halus.

2) seeloknya guna buttercup yang keras dari peti ais supaya adunan lebih soft dan mampat.

3) guna baking paper lebih elok dari tabur tepung atas loyang. senang basuh pon ye ^_^ xpyh bilas pon xpa.

4) ayak segala jenis tepung supaya adunan xdalah berketul2 dan memerlukan kuasa kuda serta turbo untuk diuli .

5) bak kata org tua2 biar lebih gula jangan lebih garam . hehehe saje je ni .. mybe sesetgh org xbiasa buat bnda ni tp korang kena rasa adunan korang tu bfore bakar . bagi aku WAJIB utk rasa sgla bnda yg aku masak supaya xdela nyesal sgt nnti klu dah dibakar tu . 

6) lastly, seeloknya adunan tu kasi rehat dulu selama 15 dlm peti ais atau ditutup guna kain lembab . bertujuan utk kekalkan kelembapan dan tekstur halusnya juga xkasi terkejut kan adunan tu takot lepas bakar dia retak .. *ayat macam keling org gila* (bukan untuk kek)


ok nantikan resipi seterusnya ok . SELAMAT MENCUBA !!!! :) assalamualaikum






Thursday 25 July 2013

haa moh ler kita kaya beramai2 melalui MLM ~

" Anda mahu kaya dalam masa seminggu dengan hanya bermodalkan RM 10 dan dijamin pulangan yang lumayan ? "
ATAU

" Anda mahu duit anda berganda sambil goyang kaki di rumah ? "

ATAU

" Mahu kaya tapi malas nak bekerja ? " 

and bla bla bla what so ever korang nak promote lah ..

Haa bila korang nmpk ayat yang ala2 mengorat ni kan (haa tudia ngorat .. ) maka muncullah di kepala otak korang dpt duit free yg jatuh berguguran umpama salji dari langit ..  Haish hgpa ni jgn dok kalut sgt nk dpt duit tapi pemalas ! LISTEN ! LISTEN ! ikan, kambing, siput khinzir, tenuk semua kalau nak hidup depa pon pi pulun caghi makan ! mana ada org gaji nak serve depa .. Hgpa haruslah ingat bhwasanya iklan seumpama ini adalah tipu dusta magic semata yg direka oleh haprak MLM yg nk bodohkan ( oopss terlebih suda) rkyt Malaysia esp bgsa melayu (bukan racist naa) dan juga BUDAK2 UNI .. meh ceq habaq dgn ringkas MLM tu apa .

APA ITU MLM (Multi Level Marketing) ?

Ia juga dikenali dengan network marketing dimana kita memasarkan produk dan dalam masa yang sama kita boleh mengembangkan rangkaian perniagaan kita sendiri. Dgn ayat yg lbh rgkas MLM ni kiranya mcm perniagaan berantai dimana kita akn tarik bberapa org utk berada dibwh kita (downline) dan promotekn brg yg kita nk jual ni dgn byrn yuran .. proses yg sama utk org dibawah kita tarik bberapa org utk berada dibawah mereka .. XPHM LAGI ??? haih moh tgok gmba kat bwh ni ~

haa xphm jugak poghi jalan lah kau :P

tapi korang kena ingt xsemua syrkt yg amalkn MLM ni .. 

BEZA SYARIKAT NON-MLM (KONVESIONAL) DENGAN MLM

Syarikat NON-MLM


Dinamakan Multi-Width Marketing .. syrkt yang guna cara ni akan upah beberpa org pengurus utk promotekn brg berdasarkn modal yg ada dan terhad dan pengurus tersebut akn upah jurujual utk tolong diorg promote brg sekali . secara konklusinya syrkt yg amalkn cara ni slalunya akn bergntung kpd jumlah tnga jualan yg terhad dek krna syrkt kena byr gaji kat pekerja diorang. Kalau hsil jualan mrosot maka satu company dan ank2 buah skli terima kesannya.


Syarikat MLM 

Syarikat(upline) yg guna cara ni pula akan upah/tarik dowline dan mereka dikehendaki byr yuran(modal) kpd upline tersebut . Proses yg sama akn berlaku apbila downline yg lain nk cari org yg dibawahnya juga TANPA ada had . Maka dengan ini syarikat akan berterusan dapat keuntungan tanpa mmbyr gaji kpd downline2 tersebut . Bahkan downline juga hnya dpt keuntgn drpd hsil jualan yg diperoleh drpd downline mreka. dan biasanya syrkt MLM hnya mmpu bertahan slm 3-5 tahun jeRR ~

Mesti korang pelikkan kat mana ancamannya kalau masuk MLM pon ?? haa meh cheq terangkan nuh ~

Perlu di "alert" kan skali lagi bhwa semua syrkt akn mngalami kmerosotan . apabila kemerosotan jualan pada syrkt yg xguna MLM, satu syrkt akn trima kesannya termasuk boss dan nama syrkt sndri dek krn syrkt tu yg byr gaji org bwhn dia TAPI syrkt yg guna MLM apbila mngalami kemerosotan kpd hasil jualan ia xkan merugikan syrkt tu sndri KERANA syrkt tu xprnh upah sesiapa utk bkerja dibwhnya sbliknya hanya cari org nk promote brg je(ala umpama kijo lepah tange ja .. mempergunakan org lain gitu) . So yg dpt effect nye kt downline sbb brg yg diorg beli dr syrkt tu terus xlaku(senang cita duit diorg burn gitu je)..
Bermula disinlah berlakunya penipuan dan penindasan.downline trpkse cari downline yg lain smata utk dptkn duit diorg balik dgn cara menipu . haa gitu la scre kasarnya..nk trgkn lbh mndlm mau korang koma kot ~ ada byk lg cara MLM ni nk promote perdayakn org tp aku just trangkn yg bole korang faham dan stkt mane yg aku fhm la ye.

NI beberapa list syarikat yg amalkn MLM .. wlupon certainnya sah dan diiktiraf tapi didapati diorg ni scammer dan berniaga xikut undg2 cuma ada yg xbrni nk buat aduan je ..

dan ada beberapa list lagi yg xmasuk korang boleh tgok kat SINI .


PERKARA YANG WAJIB KORANG TAHU TENTANG MLM :

1) Mostly syarikat akan jual barang yang xberkualiti dan memalsukan tentang kualiti barang.
2) Selalunya diorang akan show off dan buat iklan duit yang bertaburan di celah katil, celah ketiak busuk dan juga kereta cikedis diorang TAPI sebenarnya tu duit hasil penindasan semata2 .
3) Syarikat akan menganjurkan majlis penyampaian bonus yang halal kepada ahli-ahli yang mencapai jualan tertinggi dan diiklankan dalam buletin sebagai alternatif nak tutup penipuan diorang dan tarik lebih ramai ahli bru.
4) Menjanjikan keuntungan yang berlipat ganda yang semestinya diluar akal kita. ( mostly diorang akn ckp duit masuk smbil kita goyang kaki )
5) Ada sesetengah syarikat juga akan mengiklankan barang kpd kita tapi barangnya tak nmpk dgn mata kasar. (dalam Islam perniagaan tanpa barang adalah HARAM)
6) Sekarang ni MLM guna cara log-in FB dgn topup pulak ~ (dah xda modal nk nipu org la tu :P)
7) Diorang akan perdaya org Melayu terutamanya dgn nama2 syrkt ala2 ISLAMIC diorg tu .. (part ni paling aku benci -_- )
8) Syarikat yg guna cara MLM xakn berthn lama mostly akn lingkup dlm masa 3-5 tahun.

haih ada byk lagi la tp aku malas nk listkn .. hehehe.. act kalau korang waras dan tak dibutakan dgn duit semata utk ubah kehidupan korang, korang takkan terpedaya dgn janji manis ni semua . Allah pon dah janjikan kepada hamba-Nya, sesiapa yang berusaha keras mengikut syariat-Nya maka ganjaranlah yang akn diperoleh .

Ada sesetengah yang ckp tak semua MLM yg salah disisi undang2 dan Islam seperti HPA NETWORK dan STORMREADERS NETWORK .. tapi apa salahnya nye klu bnda tu syubhah seeloknya dielakkan .. ikot cara islam dan Rasulullah kan selamat..apa nk susahnya ..

tu jela rasenya bebelan aku hari ni .. if ade yg korang rasa kurang betul mohon ditegur dgn cara yg manisss ye .. mak xsuka ni main terjah2 ni .. nak informasi lanjut tentang MLM ni sila ke :

2) AIDID MU'ADDIB (dia ni pro gila bab MLM)

Lastly,, bertaubatlah anda yg dah masuk MLM tu sesungguhnya memperdayakn org neraka gnjarnnya nyah ~ jgn cari shortcut je nak hidup .. semut pon keje tau nk cari makan .. NO PAIN NO GAIN la korang ..  assalamualaikum .


jemah lisa ni pon xsebongok org MLM :D











Wednesday 24 July 2013

list perkara yang membatalkan dan tak membatalkan puasa



Assalamualaikum ..
firstly selamat berpuasa kat korang sume kan .. aku tau mesti ade yang ponteng pose kan esp budak laki :D (kidding) .. tajuk entry kali ni .. hmm ramai yang was2 kan sbnrnye ape bnda yang boleh n xboleh batalkan pose ... byk dah statement yang meragui dan palsu yang korang pon takut nk percaya .. tapi kali ni aku akn postkn insyallah yang tidak diragui .. aku amik sumber ni dari www.zaharuddin.net . cuma blog beliau sgt pnjg dan mgkin korg pon malas nk bace so aku sgkatkn.. selamilah ~




1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.


Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali.

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala : memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. *ada certain fatwa ckp batal , so sbgi lgkh berjaga elok dielakkan.

3) Pil elak haid untuk puasa penuh :

Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah. 




4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :


Hukumnya :
Doktor mengesahkan gas semburan itu ada jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa.

Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat. Sebahagian ulama seperti Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. 
*perlu dilihat disini inhaler bukanlah benda yg mngenyangkn dan digunakan dlm keadaan tdesak maka tak batal.

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:

Suntikan ada 2 jenis ; tujuan perubatan (bius) dan menguatkan (masuk air or kalsium). Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Tapi kalau dah sengaja nak cucuk dadah tu memg batal la kan :D

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik.
Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud)


7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat : Ini memang xla batal pose cume pahal puasa akan terhapus + dpt free DOSA .

8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa:

Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama asalkan tidak naik NAFSU SYAHWAT .



9) Wanita tamat haid

Bila wanita dah habis haid pd malamnya dan sempat berniat puasa sblm naik fajar tapi xsempat nak mandi wajib, maka puasa dia tetap SAH . Tapi kalau dia xsempat berniat puasa sblm terbit fajar maka puasanya x dikira .

10) Keluar air mazi : Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Memandangkan kita ikut mazhab Syafie maka puasa tak batal.

11) Keluar air mani tanpa setubuh:

Beronani atau mengeluarkan air mani dgn sengaja (fikir lucah) sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama. Tapi kalau bermimpi atau kerana sakit tertentu yakni xsengaja maka tak batal .

2) Menelan air liur dan kahak : Ada 2 situasi :-


1) kahak yang masih ada dlm tekak maka klu nak telan tu x batal .
2) kahak yang dah keluar dari tekak yakni ada kat dlm mulut tp kita nk telan maka batallah sbb HARAM makan mkn bnda kotor ( gelllliiiii -__- ) .. 
Untuk kes air liur pulak xbatal tapi kalau korang dah ludah air liur tu pastu nak jilat balik mak xtaula nak ckp ape kan ~

13 ) Mandi : Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh. Tapi nak mandi jgn la dok khusyuk telan air je .. ngek nye lahai klu buat cmni ...



14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu :

Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.

15) Mengosok gigi ketika berpuasa :

Perlu ditekankan bahawa Rasulullah bersiwak (bersugi) xda nak guna air dan ubat gigi yang berperisa mcm kita ni .. Baginda hanya bersugi kosong je .. pernah dengar dalil ni tak 

" Sesungguhnya bauan mulut orang yang berpuasa itu pada hari kiamat adalah lebih baik di sisi Allah daripada bauan haruman kasturi" ??

Disebabkan dalil ni maka majjoriti ulama Syafie ckp gosok gigi guna ubat or air yg berlebihan adlh makruh terutama sklu slps zohor krn dikhuatiri tertelan air .. Maka lebih elok dan selamat jika dihadkan gosok gigi dan kumuran yang terhad dengan bilangan gosok gigi guna air yang terhad, selebihnya mengunakan sugi atau berus gigi tanpa melibatkan air dan ubat gigi. *klu agk2 bukak mulut bau mulut dinasour tu mohonlah gosok giginya jugak ye takot lari org drpd awak*

so ni antara list2 psl entry kali ni ..tapi kalau ada yg masih was2 jugak mohon diajukan prkara kat org yg lebih mengetahui dari aku ye .. aku just share ape yang aku dpt dan rasa sahih .. so renung2kan dan selamat berpuasa :D





pavlova here we go ...

Assalamualaikum korang ,,

well hari ni aku nk bagi resepi pavlova yang senang korang buat .. pavlova ni sebenarnya kuih tradisional org puteh .. al maklumla kita ni nk jugak rase kuih org puteh cmne kan :D  act aku dah lame buat pavvy ni tp baru nk buat blog so aku nk share la . a big really BIG thanks to amic si gemok sebab dia yg tlg n bg resipi ni kat aku :) syg kau gemok :D .. haa meh tgok resipi2 nye :

bahan2 meringue : 

4 Putih Telur
175g Caster Sugar
1 sudu kecil cuka masakan
1 sudu kecil tepung jagung

1 sudu kecil esen vanilla (kasi buang bau telur)

topping dan hiasan :

100 gm whipping cream (ni xpyh byk2 sbb nanti dia akn kembang n nmpk byk)
hirisan buah strawberry dan kiwi ( Anything yg sour sbb nnti pavlova tu sndri dah manis 
)


cara-cara :


Meringue

1. Dengan menggunakan mixer, pukul 4 putih telur sehingga berbuih dan kembang.
2. Masukkan castor sugar sedikit demi sedikit, dan tinggikan speed mixer.
3. Semasa masukkan caster sugar, masukkan sekali cuka masakan dan tepung jagung.Last masuk esen vanilla.
4. Pukul sehingga menjadi berkilat dan meringue tu xjatuh bila kita angkat balik guna senduk.
5. Letak baking paper or krtas minyak dlm loyang dan spread meringue dlm bentuk bulat.
6. Bakar selama 30 hingga 40 minit.
8. Apabila sudah masak, bukak pintu oven sedikit dan biarkan ia dalam oven dlm masa 10 minit.


Hiasan
1. Dengan menggunakan mixer, pukul whip cream sampai kembang .. haa sbb tu xpyh byk2 guna sbb nnti dia akn kembang n jadi byk..
2. Hias dengan strawberry atau apa-apa buah yang masam.


note : 1) act buah tu sukati korg nk ltk ape pon tp sranan ltkla buah yg   masam2 baru ade taste perfection kat situ 
         
          2)lagi satu masa nk mmbkar tu jgn dok mggtl nk bukak oven tu nnti dia xjadi mcm aku buat ..heheh .. tp still bole mkn ..
     
         3) pastikan meringue tu betul2 kembang dan tak berair !





tadaaa !! ni hasilnye .. adik aku mkn licin kot :D




enjoy your try !